Tuesday, June 22, 2010

Luahan Semata-mata

Saya dah berkawan dengan si A sejak berumur 5tahun, kitaorg sama2 masuk tadika, sama2 masuk darjah satu, sama2 masuk tingkatan, selama berbelas tahun kekal bersama di kelas yang terbaik utk bersaing dan bersama-sama sebagai kawan sejati.

Tetapi semenjak si A kahwin, hati ku sedih, A mula menjauhkan diri dari diriku. Saya masih ingat semua janji2 yang dikatakan kepada ku, tidak kira siapa kahwin dulu mesti jadi pengapit, mesti menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, mesti jadi pendengar setia sekiranya kawan memerlukan pendengar setia, mesti menolong ketika berada dalam kesusahan. Apabila gaji pertama mesti belanja makan walaupun tak seberapa.

Setiap benda saya telah tunaikan, tetapi A langsung tak pernah tunaikan janji dia sendiri, kini sudah hanpir 25tahun persahabatan ini, saya terasa si A semakin menjauhkan diri hanya kerana gara2 duit yang dipinjam oleh A, dipinta bayaran oleh diri ku ini.

Setiap pesanan ringkas dan email tidak berbalas. Sekiranya saya dekat dengan beliau, saya pasti menghubungi tetapi jarak yang berbatu jauh membatas kan had ini.

Sekiranya pihak beliau ikhlas kekal kan persahabatan ini, sebaiknya jangan mengelakkan diri kerana saya juga boleh memutuskan hubungan ini.

Ketika susah, ayat power seperti 'ko lah satu2nya sahabatku yang boleh diharap, kawan awal dan akhirat. Tetapi bila dah senang, msg & email langsung tidak diendahkan.

Sekian.

XXXXX

No comments:

Post a Comment